Tips Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Menyediakan Gubahan Hantaran
Seronoknya....dia nak bertunang.
Tahniah!!....kak nin ucapkan, pada mereka-mereka yang akan bergelar
tunangan orang dan yang akan bergelar raja sehari. Kak Nin doakan semoga
berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat. Tips-tips yang kak Nin
nak berikan ini sebenarnya adalah kesinambungan dari artikel kak Nin
yang lepas , iaitu BIAR SEDERHANA NAMUN TETAP ISTIMEWA. Kalau belum baca
, baca-bacalah dulu......yek! rugi tak baca.
“ Tak kisahlah apa pun untuk bertunang
jer...buat simple-simple dah ler. Nanti untuk hantaran kahwin barulah
buat cantik-cantik”.
Rasa-rasa ada tak anda berpendapat begitu?
Sebenarnya pendapat tu selalu kak Nin dengar. Kebanyakkan ‘client’ kak Nin cakap macam tu. Sebab apa yer....? Agaknya lah.....
Mungkin maksudnya untuk majlis tunang
ni buat ala kadar jer lah gubahannya, tak payah cantik-cantik sangat @
murah-murah jer. Dan untuk masa hantaran kahwin nanti baru buat yang
giler-giler cantik@mahal-mahal pun tak pe....betul ke macam tu.....komen
sikit?
Kak Nin selalu terfikir macamana nak
buat yang simple-simple untuk hantaran tunang dan yang cantik-cantik
untuk hantaran kahwin. Pada kak Nin semua gubahan yang kak Nin buat
sudah pasti semuanya cantik dan istimewa....cehhh! perasannn!
Sebenarnya pada pendapat kak Nin
apa-apa perkara pun yang kita lakukan biarlah didahului dengan
keikhlasan dan penuh kasih sayang...cam spongebob punya ayat der! .
Walauapapun yang kita beri dengan ikhlas pada bakal pasangan kita pasti
di hargai.
Barang hantaran pada kak Nin adalah
satu hadiah atau pemberian yang amat istimewa untuk si dia. Sudah pasti
bakal pasangan kita tu amat istimewa orangnya kan....jadi sewajarnyalah
kita memberikan hanya yang istimewa untuk orang yang amat istimewa dalam
hidup kita, setuju tak...? Oleh itu ...berilah apa saja yang anda rasa
istimewa untuk orang yang anda sayangi. Tapi harus diingat jangan sampai
membazir dan memberi sesuatu diluar kemampuan anda. Tak semestinya yang
mahal itu istimewa yang penting IKHLAS dan jangan sesekali
menunjuk-nunjuk bak kata pepatah “ Biar papa asal bergaya “.
Membebel pulak kak Nin ni, kata nak bagi tips, tapi mana tips nyer...?
Oklah ni tips-tips nye....
Tips 1 : Tentukan Berapa Kuantiti Hantaran.
Bagi mereka yang mementingkan bajet
tips ini penting. Ingat kualiti adalah lebih penting dari kuantiti.
Maksud kak Nin tak perlulah nak berdulang-dulang hantarannya, biar pun
sikit tapi benar-benar ada makna dan berkualiti. Bergantung ikut
kemampuan ( kalau sayang lebih bagi lebih..! ) Tinggal saja mana-mana
yang tak berapa perlu , contohnya bunga rampai.
Untuk panduan
- MAJLIS BERTUNANG - Pihak lelaki 5
dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan ( sikit jer sebab tak
confirm lagi jadi ke tak kahwin )
- MAJLIS HANTAR BELANJA – Biasanya
lebih sikit. Pihak lelaki bagi 7 dulang atau lebih ikut kemampuan (
banyak-banyak pun tak pa , bukan untuk orang lain... isteri/ suami anda
juga...hehehe!
Tips 2 : Rangka Berapa Budget Anda.
Maksud kak Nin bajet ‘buat gubahan’
barang-barang hantaran dan bukan bajet untuk membeli barang untuk
dijadikan hantaran. Bajet ini penting bila anda menggunakan khidmat
penggubah hantaran ( macam kak Nin contohnya...) lainlah kalau buat
sendiri lari bajet pun tak perasaan.
Untuk panduan
- Bajet minimum ‘ Sentuhan Nin’s’ untuk
khidmat menggubah hantaran minimum RM25 , bajet maksimum terpulanglah
ikut citarasa anda sebagai pelanggan.
Tips 3 : Tetapkan Keseluruhan Barang Hantaran & Tema Hantaran
Ini penting untuk anda yang rasa-rasa nak buat gubahan hantaran tu. Plan siap-siap untuk satu barang hantaran anda contohnya,
- kain pasang nak buat apa ...,?
- Lepas tu coklat nak buat apa....?
- Buah pulak nak letak kat mana...? dan seterusnya tetapkan tema warna gubahan anda...
Rasa-rasa dah tahu nak buat macamana
catat barang-barang yang diperlukan untuk merealisasikan hajat /
angan-angan / cita-cita anda itu.Bajet agak-agak berapa meter reben kena
beli, berapa biji bakul perlu. Kalau tak buat cam tu kak Nin gerenti
bila sampai kat kedai nanti mulalah ....yang itu cantik....ini pun ok
gak. Warna merah cun jugak...silver pun orait gak...sudahnya
membazir...Nak buat 5 dulang jer yang dibeli macam-macam.
Tips 4 : Sewa Jer...Dulang Hantaran.
Cara ni sebenarnya amat membantu bagi
yang mahu berjimat. Biasanya butik-butik pengantin @ penggubah-penggubah
hantaran ( cthnya : Sentuhan Nin’s ..promosi hehh! ) ada menyediakan
khidmat sewaan dulang dan harganya pun amat berpatutan. Tapi kalau anda
pergi ke kedai-kedai bunga yang turut menyediakan khidmat menggubah
biasanya mereka tak sewakan dulang. Nak tahu kenapa...? Rugi ler
tauke-tauke tu ....tak laku la dulang-dulang dan bakul-bakul yang
melambak-lambak kat kedai dia tu...hehehe ( jangan marah hah! )
Secara peribadi kak Nin rasa membazir
je dulang-dulang tu , lepas majlis tak guna lah. Kalau nak guna balik
pun sebiji 2 jer. Tapi ..kalau anda ramai adik-adik yang jadi pewaris
untuk reuse ( guna ) kembali boleh gak..langkah berjimat tuuuu..(
takutnya nanti dah tak intrend ( terkini ) lah pulak.
Tips 5 : Elak Guna Benda Yang Sama Untuk Kesemua Hantaran.
Ini selalu terjadi. Dah jadi ‘Intrend’
sekarang kononya cantik dan nampak sedondon jer. Memang cantik tapi
sebenarnya ia melibatkan kos yang banyak. Perkara ini selalu terjadi
kalau anda hantar gubahan kat kedai-kedai bunga Cina ( oops..sori )
Bukan kak Nin nak promote diri sendiri , tapi...pikirlah sendiri
ye!...Lagi banyak benda kita beli lagi untunglah dia . Memanglah dia
kata tak ada upah gubah , tapi semua tu sebenarnya dah masuk dalam harga
barang-barang yang kita beli. Ok stop! Marah pulak tokei kedai tu
nanti.
Tips 6 : Elak Guna Kotak-Kotak Hantaran Kalau Tak Perlu.
Alasan ni selalunya di gunakan untuk
mereka yang nak ambil langkah mudah dan nak berjimat-jimat. Ye ker boleh
jimat...? Emmm!! Ada la sikit kot.... Ye ke tak yah gubah....Cantik ke
kotak-kotak tu kalau tak di hias , dengan bunga ke, riben ke , atau
render ker...! Maksud kak Nin bukan tak leh guna kotak-kotak ni,
contohnya ...kotak plastik transparent @ yang sewaktu dengannya. Boleh
guna ! tapi hadkan untuk yang perlu je, contohnya macam kasut bolehlah
letak kat dalam tu dan hiaslah kotaknya. Cara ni pun kak Nin rasa paling
manis untuk gubahan kasut, lebih sopan dan nampak istimewa.
Untuk panduan,
Pernah ada satu ‘client’ kak Nin dia
dah beli siap-siap 7 kotak yang cantik jugak ler ( sekali tengok cam
stadium Olimpik China ala-ala ‘ sarang burung ‘ ..agaknye le ) dan
berabis beratus RMXXX jugak le kat salah sebuah kedai di Nilai 3 tuh.
Alasannya same le cam kat atas tu, senang tak yah gubah sumbat je dalam
kotak. Balik rumah dia bubuhlah barang-barang hantaran kedalam kotak
yang dia beli tu. Lepas tu barulah.. dia sedar takkan nak bagi camni jer
tak yah hias. Tadi dah berabis beratus ringgit beli kotak , lepas tu
baru sedar nak kena hias jugak kotak ni baru cantik. Nak buat sendiri
tak reti pulak....! Baru tahu , lepas tu jumpa kak Nin. Kena tambah duit
lagi nak hiaskan..tak ke membazir tu namanya! ( bukan Kak Nin nak
aibkan ‘client’ , harap ianya menjadi ikhtibar kepada anda nanti )
Tips 7 : Variasikan Barang Hantaran
Cuba pelbagaikan penggunaan bekas
hantaran . Tak de lah membazir nanti , bekas-bekas tu boleh digunakan
lagi nanti untuk kegunaan lain. Contoh :
- Bakul untuk isi buah / kuih-muih
- Kotak kayu dsb untuk kasut
- Bekas Kaca untuk letak cincin ke!
Gunakan kreativiti untuk menggubah
barang-barang seperti kain pasang , sejadah , telekung dsbnya. Cara ini
banyak membantu dan jimat sebenarnya. Kalau anda faham artikel yang kak
Nin tulis sebelum ini , tentu anda faham maksud kak Nin.
p/s – kalau tak tahu nak gubah camner, Sentuhan Nin’s boleh uruskan...
Tips 8 : Himpunkan 2 @ 3 Barang Hantaran Menjadi 1.
Cara ini amat membantu . Ada beberapa
barang hantaran yang biasa boleh disatukan sebagai 1 gubahan . Contohnya
: kasut & beg tangan , sejadah & telekung , baju pasang &
kain tudung. Kan jimat tu..... Banyak barang boleh bagi untuk Si dia
yang tersayang dan tak perlu dulang yang banyak. Cara ini amat
menguntungkan anda sebenarnya tetapi tidak kepada penggubah-penggubah
hantaran macam kak Nin...tak kisah lah tu , yang penting jangan
membazir.
Gambar : Kak Nin satukan gubahan sirih , barang kemas & duit hantaran dalam 1 gubahan.
Tips 9 : Meminimumkan Penggunaan Barang-Barang Hiasan Yang Membazir.
Pembaziran sebenarnya banyak berlaku
terutamanya dalam trend dalam gubahan masa kini, orang sekarang lebih
suka menghias barang hantaran berbanding menggubahnya. Cuba gunakan
kreativiti anda untuk menggubah barang hantaran agar menjadi HEBAT dan
ISTIMEWA. Minimumkan penggunaan render-render atau manic-manik dalam
gubahan anda. Sebab barang-barang itu akan terbuang nanti ( duit anda
sendiri yang terbuang ) selepas majlis berlangsung. Namun tidak
dinafikan penggunaan reben , render & manic-manik dapat menyerikan
lagi gubahan anda namun sekali lagi harus diingat minimumkan
penggunaannya.
Rasanya setakat ni jer lah dulu
tips-tips yang dapat kak Nin berikan. Semoga sedikit sebanyak boleh
dijadikan panduan terutamanya pada anda yang bercita-cita nak buat
gubahan sendiri & mengambil langkah berjimat cermat. Maklumlah nak
kahwin banyak nak guna duit tu....kalau tak de idea layarilah blog ‘
Sentuhan Nin’s – Gubahan Hantaran Perkahwinan & Pertunangan “ .
semoga anda memperolehi sesuatu di situ. Tapi kalau tak reti jugak nak
gubah camne jangan segan-segan hantar jer pada kak Nin. Izinkan Kak Nin
membantu anda menyediakan sesuatu yang istimewa untuk si dia yang
teristimewa.
p/s – Nantikan E-BOOK Kak Nin “ Panduan & Cara-Cara Membuat Gubahan Hantaran “ ..akan datang, insyaallah.
No comments:
Post a Comment