Friday 6 July 2012

web kad kawin murah FACEBOOK

  • Kad Kahwin Murah www.facebook.com/inkduztry
    Kad kahwin dari serendah 20sen. Berbagai hadiah percuma untuk anda!
  • disign sendiri kAd kAwEn

    Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin



    Pada zaman kegawatan ekonomi sekarang pastinya ramai bakal pengantin tengah pening kepala sebab kos meningkat. Nak tak nak kena cari jalan untuk membuat sendiri kad kahwin. Jika kad kahwin berharga RM1.50 sekeping, ianya hanya 30sen ke 50sen jika anda membuatnya sendiri.

    Jika jemputan anda 1000 orang, dah tentu RM1500 dah komfirm habis kalo kad kawin murah pada harga RM1.50.itu pun susah nak jumpa pada harga tu.Biasanya RM4,5 jugak la. Kalo buat sendiri, banyak yang anda berjaya selamatkan untuk dibelanjakan pada perkara lain.

    Yang penting, orang datang ke kenduri anda. Tak gitu? Kad kahwin juga bertujuan untuk menwar warkan bahawa anda telah berkahwin. Kerja Walimatul Urus sekarang ni semakin naik harga. Katering, sewa menyewa, jurugambar dan sebagainya. Semua perkhidmatan kahwin ni naik harga. Alasannya minyak mahal, bahan mentah mahal walaupun harga minyak dah turun.

    Ianya tak turun dah bila dah naik. Kos sara hidup pun dah meningkat. Yang nak kawin tu, cari la jalan untuk mengurangkan kos kahwin. Pejam celik, berbelas ribu juga kalo di pihak lelaki paling kurang kena sediakan. Maskahwin,hantaran,sewa-sewi,kenduri kendara,cenderamata & banyak lagi. Tu belum masuk perbelanjaan lepas kawin seperti sewa rumah,perabot,dapur & etc.

    Saya menerima perisian kad kahwin ni selepas saya kawin. jadi tak sempat la nak buat sendiri. Sebab saya just perlu beli kad yang berharga 30sen hingga beberapa ringgit bergantung pada design. Lepas rekabentuk sendiri, anda just print diatas kertas kad yang dibeli.

    Anda boleh dapatkan Pajej DIY Kad Kahwin untuk merekabentuk kad kahwin anda sendiri. Anda juga akan menerima bonus kaligrafi khat bagi mereka bentuk kad kahwin anda.



    Klik Sini untuk dapatkan perisian kad kawin ini. Ianya boleh digunakan bersama Adobe Photoshop atau Illustrator. Jika anda nak buat bisnes kad kawin pun boleh.



    Thursday 5 July 2012

    cARa bUaT cOsToM aLbUm

    cara membuat custom album

    bahan-bahan yang diperlukan :

    1. sebuah komputer/notebook/netbook yang berkuasa turbo (ok tipu part turbo). netbook asus eee intel atom processor macam aku punya pon boleh. keyboard and mouse termasuk dalam pakej la yer, tak perlu aku sebutkan terperinci. hehe
    2. adobe photoshop. versi apa pon boleh. aku pakai adobe 8/cs. (gila ketinggalan)
    3. software PICASA untuk kemudahan membuat collage/editing :)
    3. gambar-gambar yang ingin di'album'kan
     
     cover album - sebelum dihantar untuk cetakan
     
    tara.. selepas siap...
     
    cara-cara

    1. buka adobe photoshop. buat fail baru. untuk custom album aku, aku buat saiz 8 inci x 12 inci. selalunya kalau kita hantar ke kedai printing custom album, kita akan buat 2 belah page skaligus. jadi, do the math, saiznyer adalah.... 8 x 24.. pandai! guna resolution 300dpi untuk memastikan kualiti cetakan hebat dan mantap. hehe.
     
     lebar 24 inci x tinggi 8 inci
     
    2. sekarang tiba masanya untuk susun gambar-gambar. time ni aku gunakanlah PICASA kesayangan untuk buat kolaj. sila muat turun nota picasa kesayangan ramai ni untuk mengetahui lebih lanjut. hehe. untuk makluman, page-page yang petak-petak baik di cover album (wah macam album solo) dan page-page yang lain, aku buat guna PICASA jek, pastu aku create collage tu pakai saiz widecreen atau boleh ADD CUSTOM ASPECT RATIO > letak 12x8 (inch) atau saiz album yang korang nak. pastu bukak dalam photoshop and adjust size klu tak berapa masuk. sila tekan shift semasa mengecilkan gambar supaya saiz kacantikan sebenar terjaga, melainkan nak buat orang gemuk jadi kurus sket..hehehehehhe

    3. untuk yang kerawang-kerawang, aku buat guna brush kat photoshop. search je kat google, brush photoshop, ornament swirl (untuk cari yang melengkuk liuk). aku selalu amik kat http://www.brusheezy.com/ - stupid name, cool brushes.
     
    AMARAN
    elakkan meletak tulisan atau gambar terlalu ke tepi di sekeliling gambar, sebab bimbang akan terpotong masa pembikinan album sebenar oleh orang di kedai/kilang gambar.
     
    4. bila dah siap tu, save as .jpg. bagi nama yang bersesuaian ikut page ke. pastu .psd fail tu aku simpan gak ikut page. untuk page berikutnya, aku save as fail tadi dan namakan page 2. mula-mula dulu aku taram semua dalam 1 psd fail, kira just hidekan je gambar-gambar sebelum ni, tapi jadi susah bila aku nak edit balik page 1. so end up aku buat 10 fail psd (8 x 24 tadi) untuk 10 helai custom album. 10 helai tu kira ada 20 muka la. kira lagi lah senang kan....
     
      dari pandangan atas

    helaian pertama
     
     gamba photographer bertudung oren wajib letak dalam album.. hehe. inilah kelebihan buat album sendiri, sebab boleh letak muka sendiri dalam album. muahaha. tapi pastikan hanya jika photographer sedara mara je boleh letak, kang panas pengantin muka photographer lagi banyak dari pengantin.. hehe

    ni pon pakai PICASA buat collage, klik klik je dah siap
     
     editing hitam putih, focal black and white, semua ada di dalam PICASA
     
    Sumber :

    LaMPu cAwAN

    table candle/lamp

    Pakai wine-glass. Kebetulan  my mom ada one dozen of this kat display cabinet. I cekup satu buat testing. Haha. Tapi this one kecil je. I need a bigger one for a nicer effect. Tudung dia tu I cuma pakai A4 paper. I think kena cari kertas vellum. Cantik sikit. ^_^


    Yang ni konon-konon imagine tambah pearls kat glass base. *just because I LOVE pearls* hehe. See...tambah sikit je benda...crystals ke apa ke..dah cantik and elegant. Effortless. Mari DIY! hehe




    cRepE pApPeR

     crepe paper


     

    Memula, potong template dulu. I guna empat size bulatan. Diameter tak pasti sebab I pakai bottle, earring bulat, and apa-apa benda ntah lagi yang diameter berbeza-beza. Hehe. Asal cukup syarat sudah la erk. Hehe

    Then I allign kan kat crepe paper tadi...sebenarnya boleh je lipat paper tu banyak-banyak then potong sekali harung je. Tapi sebab nak tunjuk yang kena letak kat crepe paper tu..jadi terhasi lah gambar di bawah. hehehe


    Then, nampak tak sebenarnya I dah process bunga-bunga ni? haha. I buka balik just untuk tangkap gambar. haha. After you girls dah potong bulatan-bulatan tadi, then tindihkan macam dalam gambar.

      

    Then, pegang kertas tu kat tengah-tengah macam dalam gambar. Cubit je sikit bawah tu supaya kertas-kertas tu tak berterbangan. hehe





     Then...apa  lagi...cubit dan pulas sikit.


    Kembang-kembangkan sikit petals dia. Then...tadaaaaaa....siap! hehehe



    Malam tadi I dah buat banyak jugak. Tapi tak sempat nak snap picture sebab dah tak mampu nak besengkang mata...terus flat. Hehe. I terfikir nak buat bunga manggar pakai ni. Or corsage for family. Tapi tak sure lagi. I buat je la sekarang  ni. We'll see I guna ni untuk apa nanti. hehe.
     
     
     
     

    pAPPeR bAg

    http://squarecutring.blogspot.com/search/label/Wedding%20DIY

    http://squarecutring.blogspot.com/search/label/Wedding%20DIY

    Wednesday 4 July 2012

    bUnGa pApPeR cRePe


    BuNgA PaPeR CrEpE

    Published August 5, 2009 by QasehQatrunnada

    crepe1
    Bahan2nya:
    Lidi @ dawai
    playar
    paper crepe
    gunting
    gam
    pelilit bunga (hijau)
    crepe2
    crepe3
    gunting paper crepe utk dijadikan inti bunga , gam dan gulungkan pada lidi/dawai bunga
    crepe4
    lipat paper crepe (berlainan warna) utk dijadikan kelopak
    crepe5
    crepe7
    gamkan 1 persatu pada inti bunga tadi hingga membentuk kelopak bunga
    crepe8
    akhir sekali lilit dgn pita pelilit hijau
    crepe6
    * note: aku copy paste ja~ www.craftstylish.com

    Thursday 28 June 2012

    bUnGE RiBeN -DiY

    bunge riben






    DRESS PAPER BAG

    Jom belajar hari ini, Bag Kertas Gaun...almaklum...bulan Jun..musim orang kahwin..pasti anda mencari-cari idea untuk dijadikan gift kepada tetamu..saya harap...idea ini dapat membantu anda...

     Bahan-bahan yang diperlukan ialah; Congurated paper, Gunting, Gum UHU, Rantai Manik & Reben. Congurated paper ini boleh dibeli dimana-mana kedai Alat Tulis @ di Jaya Jusco bahagian paper.



    Lukis paten baju @ klik pada imej pelan daun diatas dan print diatas kertas A4. Design baju ini sebenarnya boleh ikut suka anda, nak macam mana patennya. Kaedah amat mudah, ibarat anda lukis pelan baju pada kertas. Saiz baju tersebut yang saya gunakan ialah, labuh 6 inci dan lebar 6 inci. Lebar lengan baju 1.5 inci dan lebar leher baju 3 inci.

     Lukis pelan baju pada kertas congurated kiri dan kanan dengan tapak bag kertas ialah lebar 2 inci dan panjang bag 4 inci. Pastikan ada basi kiri dan kanan bag 2 inci. Ini untuk lekatkan kertas bahagian kiri dan kanan bag.

     Inilah kertas yang digunakan untuk menutup kiri dan kanan bag. Ukurannya ialah lebar 3 inci dan panjang 5.5 inci.

     Dah siap lukis pelan baju, gunting kertas berkenaan seperti foto diatas. 

     Gunakan gum UHU untuk lekatkan bahagian kiri dan kanan bag. lebar penutup 3 inci dan ini bermakna ada basi kiri dan kanan 1/2 inci.

     Paper bag yang telah siap digum dan ditutup kiri dan kanan.

     Gunting rantai manik panjang 10 inci dan letakkan gum uhu pada keliling leher baju dan lekatkan. Panjang rantai manik ini, boleh ikut suka anda.

     Akhir sekali, gumkan reben pada bahagian depan paper bag baju ini. Panjang reben 12 inci, dan ikat simpul seperti foto diatas dan gumkan pada paper bag.

     Inilah Paper Bag Dress yang telah siap. Menarikkan jika diberikan kepada tetamu....Tambahan pula trend kini ialah polkadot...lebih menarik, jika dapat kertas bercorak...Selamat mencuba ! Saya harap pastinya hasil kerjatangan anda menjadi...lebih eppi jika buat sendiri...jimat bajet !

    Bunga Rosette Blossom

    Kembali semula JOM BELAJAR...kali ini Silibus Jahitan Sulaman Reben Bunga Rosette Blossom...apa jua tutorial yang saya paparkan di Blog ini secara percuma...maka saya izinkan kalian print @ salin ~ jika sudi...

     Menggunakan satin reben saiz 1 inci. Gunting panjang reben 38 inci. Lebihkan kiri dan kanan reben 1 inci. Tandakan setiap 3 inci bentuk "U".

     Gunakan benang dan jarum, jahit jelujur pada permulaan reben dan gulung tengah reben sepanjang 9 inci (3 kelopak untuk setiap 3 inci yang telah ditandakan).
    Jahit tengan bunga pada kain. Jahit bahagian bawah reben pada kain agar tidak mudah tertanggal atau bergoyang. Jahit jelujur dan tarik benang.

     Cucuk jarum pada bahagian tengah bunga. Lakukan teknik yang sama untuk lapisan kedua bunga sepanjang 12 inci (4 kelopak untuk setiap 3 inci).

     Lapisan kelopak ketiga bunga sepanjang 15 inci (5 kelopak untuk setiap 3 inci).
    Basi reben cucuk kebawah kain dan matikan jahitan.


      
    Ini lah bentuk bunga Rosette Blossom yang telah siap dijahit. Menarikan kan ? saya harap, penjelasan saya ini anda mudah faham...almaklum...belajar berguru dengan belajar begini memang tidak sama...berguru lebih mudah faham, sebab berdepan dengan Cikgu, jika salah...senang aje saya ketuk tangan....hehehhehe... Okey ! Tunggu silibus seterusnya....SELAMAT MENJAHIT !

    Sulaman Reben Bunga Matahari

    JOM BELAJAR hari ini ialah Sulaman Reben Bunga Matahari. Sebenarnya teknik bunga ini ada ditunjukkan didalam BUKU BUNGA REBEN JILID 1...bezanya...itu dijadikan Bunga Jambangan didalam pasu @ boleh dijadikan Bunga Telur...teknik ini pula, saya tunjukkan bagaimana nak jahit pada kain. 

     Guna reben saiz 1 inci, gunting panjang 3 inci. Jumlah kepingan kelopak bunga, terpulang pada anda, jika inginkan bunga banyak kelopak, maka anda perlu gunting lebih dari 30 keping. 

     Reben lipat dua dan bahagian lipat dua itu, lipat segitiga. Gunakan jarum dan benang, jahit pada bahagian yang dicantum segitiga. Lakukan jahitan ini untuk semua kelopak bunga.

     Jahit jelujur cantum untuk 9 keping kelopak bunga (bahagian lapisan bawah bunga). Jika anda inginkan kelopak yang banyak, boleh tambah lagi.


     Temukan semula jahitan pada bahagian mula jahitan dan tarik benang untuk jadikan kelopak bercantum bulat. Matikan benang.

     Dua lapisan kelopak bunga. Bahagian atas 6 kelopak dan bahagian bawah 9 kelopak. JUMLAH KELOPAK terpulang pada anda, jika inginkan bunga kembang menawan, boleh tambah lagi kelopak bunga.

     Bahagian bawah kelopak bunga, jahit jelujur bulat pada kain.

     Lapisan kedua kelopak bunga, jahit jelujur bertindih. Jahit jelujur pada tempat yang sama seperti di bawah kelopak bunga.