Tuesday 22 November 2011

pErUbAhAn mElAmPaU pELaKoN hOLLywOOd

23/11/2011

johnny depp



Jumlah pelakon yang memberi seratus peratus komitmen terhadap watak yang dibawa boleh dikira jumlahnya. Keupayaan mereka untuk memainkan watak dan personaliti berbeza memerlukan mereka membuat perubahan ketara. Mungkin dalam fikiran kita, aktor Hollywood terkenal Johnny Depp mampu membawa wataknya dengan baik tetapi sebenarnya masih ada lagi yang turut mampu berbuat demikian. Mari kita saksikan.


Christian Bale dalam "The Machinist" (2004)
Mula menempa nama menerusi filem "Empire Of The Sun" (1987), tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Christian Bale kecuali struktur tubuh badannya. Tubuh sasa yang sering dilihat dalam filem francais "Batman" dan "American Pyscho" 'lesap' selepas Bale mengurangkan berat badan sebanyak 28 kilogram menjadi 58 kilogram untuk wataknya sebagai Trevor Reznik dalam filem misteri triler "The Machinist".


Charlize Theron dalam "Monster" (2003)
Pengkritik filem memuji aktres kelahiran Afrika Selatan ini bukan sahaja kerana lakonan beliau, tetapi bagaimana dia membawa watak sebagai pembunuh bersiri Aileen Wournos. Kesungguhan Theron menambah berat badan sebanyak 13 kilogram dan juga memakai gigi palsu telah dibalas dengan 17 kemenangan iaitu Pelakon Terbaik di pelbagai anugerah berprestij.


Heath Ledger dalam "The Dark Knight" (2008)
Joker adalah watak kedua terakhir yang dipegang oleh aktor kelahiran Australia, Heath Ledger sebelum meninggal dunia di usia 28 tahun pada 22 Januari 2008. Siapa yang boleh lupakan muka menakutkan dan karakter psiko musuh kepada Batman ini? Bagi membawa watak ini dengan sempurna, Ledger dilaporkan tinggal bersendirian di bilik hotel selama sebulan, membuat kajian tentang karakter Joker dari segi berjalan dan juga personaliti. Ledger telah menyimpan pengalamannya serta tanggapan dan perasaan ketika cuba membawa watak ini dalam sebuah diari.


Rooney Mara dalam "The Girl With The Dragon Tattoo" (2011)
Masih ingat lagi dengan watak Erica Albright dalam filem "The Social Network" (2010) yang menjadi wanita idaman kepada watak Jesse Eisenberg dan kemudiannya menjadi inspirasi kepada pembikinan laman sosial Facebook? Ya, inilah dia Rooney Mara yang tampil dengan watak berbeza dalam filem "The Girl With The Dragon Tattoo". Bagi menghidupkan watak Lisbeth Salander, Mara tampil dengan rambut panjang yang dihitamkan, bertindik, menggunakan tatu sementara dan kening diwarnakan.


Hilary Swank dalam "Boys Don't Cry" (1999)
Aktres kelahiran Washington ini telah membuat persediaan sebagai Brandon Teena dengan berpakaian dan hidup seperti seorang lelaki sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan. Malah dia turut membalut dadanya, memasukkan sarung kaki di bahagian depan seluar dalamnya serta mengurangkan lemak sebanyak tujuh peratus bagi menyerlahkan lagi struktur wajahya. Dia juga tidak membenarkan krew produksi dan barisan pelakon lain melihatnya tidak 'berkostum". Peranan tersebut membuatkannya dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Akademi.


Jared Leto dalam "Chapter 27" (2007)
Kariernya sebagai seorang pemuzik lebih menyerlah jika dibandingkan dengan lakonan. Namun apabila ditawarkan memegang watak Mark David Chapman dalam filem arahan J.P. Schaefer, Leto sanggup menambah berat badan sebanyak 30 kilogram bagi membawa watak pembunuh upahan John Lennon dengan berkesan. Selepas tamat penggambaran filem ini dan berjaya menurunkan berat badan ke asal, Leto kembali kepada dunia muzik sebagai penyanyi kumpulan rock 30 Seconds to Mars.


haish dorang ni..... bagus pun bagus tp tahap melampau tu.... melampu na lak....!!!!!

hurmmmm!!! tu baru di katakan pelakon kan....????








.

Sunday 20 November 2011

kAwEn!!!

21/11/2011
monday - office

igt nk mula godek n cari hal2 berkaitan perkahwinan lah... hik hik hik tuan empunya blog tah bile tah hik hik hik...

nk carik kan tuk kak chida.... igt nk support doorgift tuk dia...

cenderamata perkahwinan

door-gift-cara-cara-diy

mydiyweddingday

 syokkahwin

wedding-doorgift.fotopages





.

Thursday 3 November 2011